Back to JeniceLee.com »Øµ½Ö÷Ò³ About Us ¹ØÓÚÎÒÃÇ Latest News ʱʽ¹µã Video Clips Ó°ÏñÊÀ½ç Our Campaign ×îÐÂÔ˶¯ Contact Us ÁªÂçÎÒÃÇ
2008/08/28, Thursday
Democracy Sponsorship ΪÕùÈ¡ÃñÖ÷¿ÒÇó¾èÖú
Join Us ¼ÓÈëÎÒÃÇ
Funny World ȤζÓÎÏ·
Picture Gallery ͼƬ¹Ý
Teratai News Á«»¨Ô·¿ìѶ
MPAJ Links ÊÐÒé»áÁ¬½Ó
Links ÓÑÇéÁ¬½á
Blog ÐÄÇéæäÕ¾
(Please register as member before making any purchase. Register now)


Show Cart
Your Cart is currently empty.




Upcoming Activities

Tang Lung Festival

Tang Lung Festival Fun Fair at Taman Muda
Food Stalls, Tang Lung Competition, Stage Performance, Games.....

We offer free bus transfer for Pandan and Ampang area. All welcome.

Date: 6 September 08
Time: 5.00p.m. - 10.00p.m.
Venue: Padang Taman Muda (opposite Pasar Taman Muda, inside the housing area)

 
Wanted to be my assistant?

Must be enthusiastic, hardworking and smart

Minimum SPM, fluent in at least 2 languages and computer knowledge is a must. No age and gender restriction. Must be able to write official letter in Bahasa Malaysia.

Salary is negotiable.
Interested please call 012-9340 422 or email your resume to Õâ¸öµç×ÓÓʼþµØÖ·ÒѾ­±»·ÀÀ¬»øÓʼþ³ÌÐò±£»¤£¬ÄúÐèÒªÆô¶¯JavaScript²ÅÄܹۿ´

 
Kenduri Masuk Ramadhan Di Kg Cheras Baru
Penduduk-penduduk di Kampung Cheras Baru di jemput ke Kenduri Masuk Ramadhan.
Lokasi: 57, Jalan Besar, Bukit C.(Balai Raya)
Masa: 8.30p.m.
Tarikh: 27 August 08

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kampung Cheras Baru.
 
Dijemput Menjadi Ahli DAP
Saya sebagai Ketua DAP Teratai ingin menjemput anda menjadi ahli DAP supaya kita bersama-sama memperjuangkan demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan hak asasi manusia. Sila hubungi 03-4295 1267 atau meminta borang dari pejabat Saya ~ Jenice Lee
 
U R invited to join DAP

DAP Teratai is currently recruting new members. U r invited to join us to continue our struggle on Socialist Democractic principle that is justice, equality, human rights and democracy.Please come to our office to fill in the form. Oops, don't forget to bring along your photocopy IC.

 


Popular News



Member Login

Please provide your username and password to login





ÒÅʧ¿ÚÁî
ûÓÐÕË»§£¿ ´´½¨ÕË»§

If you do not have an account yet, please register now.


Advertisements




Ucapan ADUN Kawasan Teratai ´òÓ¡ µç×ÓÓʼþ
2008/05/23, Friday

1208937166_imgp5674.jpgTeks Ucapan ADUN DAP Kawasan Teratai Jenice Lee Ying Ha Semasa Membahaskan Usul Terima Kasih Kepada Ucapan Perasmian D.Y.M.M. Sultan Selangor Dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor Penggal 1 Pada 22 Mei 2008

Cabaran merealisasikan Selangor Negeri Maju

Tuan Speakar,
Ribuan terima kasih Tuan Speaker, kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan D.Y.M.M Tuanku.

Terlebih dahulu Tuan speaker, saya ingin mengungkapkan setinggi-tingginya perhargaan saya kepada pengundi-pengundi kawasan Teratai yang terdiri daripada pelbagai kaum, baik Melayu, Cina atau India, kerana telah memberikan sokongan yang amat menggalakkan kepada parti DAP dan memberikan mandat kepada saya untuk menjadi wakil mereka dalam dewan yang mulia ini.

Dalam pilihanraya 8 Mac lalu, gelora tsunami politik telah berjaya membawa perubahan, di mana calon-calon dari parti DAP, Keadilan dan PAS telah berjaya mendapat mandat yang cukup kuat dari rakyat untuk membentuk kerajaan negeri baru, menggantikan BN yang telah berkuasa sepanjang 50 tahun. Inilah suara rakyat, Makal Sakti!  

Keputusan pilihanraya Mac lalu merupakan satu “milestone” yang amat penting dalam sejarah politik negeri ini. Ia bermakna berakhirnya satu era, satu zaman kegelapan di bawah kerajaan pimpinan BN yang memang tidak asing lagi dengan amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, kurang effisyen, perkauman, kronisme dan nepotisme. Yang mengakhirkannya ialah kuasa rakyat, melalui Pakatan Rakyat!

Oleh yang sedemikian, rakyat telah mengamanahkan satu tugas keramat kepada kerajaan negeri baru Pakatan Rakyat untuk mencapai matlamat-matlamat yang disebut di bawah:

1. Membina Selangor negeri maju munuju ke arah pembangunan yang berterusan dan berteraskan rakyat
2. Menjadi sebuah kerajaan yang bersih, cekap serta peka kepada kehendak rakyat.
3. Menghapuskan segala dasar-dasar ketidakadilan yang mengasingkan rakyat dari segi perkauman, agama dan budaya

Ungkapan “Tsunami politik 8 Mac” agak menggerunkan dan membimbangkan apabila kali pertama mendengarnya.

Hari kedua selepas tsumani politik 8 Mac, saya dapat merasakan sebaik saja saya melangkah keluar dari rumah, pengundi-pengundi kawasan saya, tidak kira Melayu, Cina atau India, semuanya senyum kelegaan dan berasa gembira. Suasana tersebut mirip dengan suasana perayaan tahun baru, di mana langgit dan udara kelihatan begitu cerah dan segar! Kenapa? Apakah yang berbeza sebelum dan selepas 3 Mac?

Yang jelas kelihatan ialah rakyat meneguk nafas harapan baru selepas 50 tahun merdeka!
Banyak yang bercadang untuk berhijrah ke luar negara telah mengubah pendirian asal mereka.

Ramai penduduk setinggan yang kehilangan tempat tinggal mereka tidak lagi menanggis
Ramai pengundi muda yang dahulunya tidak peka kepada perkembangan politik semasa telah mula mengorak langkah pertama untuk memahami isu-isu semasa politik
Mereka telah nampak sinar harapan di depan!

Saya berfikiran positif dan tidak akan mengalah demi mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat, dahulu, kini dan selamanya. Inilah pegangan saya sebagai seorang ahli politik.

Kerana saya percaya, Malaysiaku aman damai, Malaysialah negara yang kucintai! Saya akan mengotakan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tanah tumpahnya darahku! 
 

Tugas Parti Pembangkang

Hari ini, parti pemerintah penggal lalu yang duduk bertentangan dengan saya telah menjadi parti pembangkang. Parti pembangkang penggal lalu yang hanya mempunyai dua orang wakil kini telah berjaya menjadi parti pemerintah.

Memantanglah bekas Menteri Besar Selangor sekarang duduk di kerusi Ketua Pembangkang. Dalam system demokrasi dan sebagai salah satu komponen dewan undangan negeri Selangor, peranan yang dimainkan oleh parti pembangkang sangat penting dan juga mustahak, ia seperti peranan yang diwatakkan oleh Parti DAP dalam sidang-sidang dewan undangan negeri Selangor yang lepas.
Saya percaya pengalaman 7 tahun setengah YB ketua Pembangkang sebagai Menteri besar Selangor, iaitu dari Aug 2000 hingga Feb 2008, sedikit sebanyak dapat membantu beliau menjalankan peranan “check and balance” dengan lebih effisyen lagi, kerana “mereka” lebih memahami selok belok penyelewengan, rasuah dan sebagainya.

Sungguhpun Pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor yang baru selepas pilihanraya umum (PRU) yang ke-12, namun ia memikul tugas yang cukup berat serta cabaran yang getir sekali untuk menyelesaikan masalah-masalah projek-projek pembangunan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN yang lepas.

Ini sebagai mukadimah, Tuan Speaker, izinkan saya menghuraikan hujah-hujah saya seperti berikut:

Perancangan bandar
Apa yang dimaksudkan oleh perancangan bandar ialah mengatur terlebih dahulu fasa-fasa pembangunan di sesuatu kawasan bandar untuk memastikan pembangunan yang berterusan serta seimbang dari segi ekologi. Tidak wajarlah sesuatu pembangunan itu dilakukan dengan sesuka hati atau menyalahi undang-undang di mana kita lihat tanah rezab kerajaan telah digunakan atas alasan pembangunan.

Saya ingin membangkitkan bahawa baru-baru ini, 5 ekar tanah di Bukit Seputih yang berada di kawasan Teratai telah digunakan untuk tujuan tanah perkuburan Islam. Tanah tersebut diambil alih dengan tidak memberikan notis kepada penduduk-penduduk setempat. Apa yang lebih menghampakan lagi ialah, saya sebagai ADUN kawasan tersebut, tidak diberitahu mengenai adanya rancangan pembangunan tersebut.

Saya bertanya kepada pihak berkenaan sebab-sebab saya tidak diberi notis mengenai pembangunan tersebut, jawapan yang diberikan oleh pegawai amat mengejutkan saya. Inilah jawapan yang saya terima, “oleh kerana notis pemberitahuan telah dimaklumkan kepada ADUN penggal lalu, jesteru itu, tidak perlulah kami memaklumkannya untuk kali kedua”. Cuba fikirkan, kalau keputusan yang dibuat oleh mantan ADUN tidak berpihak kepada kepentingan rakyat, tentunya ADUN sekarang berhak untuk melakukan perubahan. Rakyat memilih kerajaan baru yang dianggotai oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lalu kerana mereka ingin menyuarakan ketidakpercayaan, tidak puas hati terhadap keupayaan menyelesaikan masalah dan projek-projek pembanguanan kerajaan BN penggal lalu.

Masalah tanah perkuburan Islam Ampang tidak berlaku dalam sehari. Menurut hujah-hujah MPAJ, isu ini mula dibincangkan seawal tahun 2000. Masalahnya, kenapa selepas lapan tahun, saya katakan sekali lagi kepada semua YB-YB yang berada di dewan yang mulia ini, lapan tahun masalah ini belum diselesaikan dengan sepenuhnya. Kenapa pihak berkenaan enggan atau keberatan merancang terlebih dahulu? Apakah kita hendak menunggu sehingga kehabisan tapak perkuburan, barulah kita mula memikirkan jalan penyelesaian? 

Keadaan ini seumpama tidak menyediakan tandas ketika membina rumah baru. Apabila kita memerlukannya, barulah pergi korek lubang tandas. Akibatnya, tandas sini tandas sana. Lobang tandas yang dikorek boleh menyuburkan tanah disekitarnya, boleh menamam pokok durian berorganik. Tetapi, kalau sebidang tanah telah dijadikan tanah perkuburan, orang yang hidup langsung tidak boleh membuat apa-apa.

Inilah masalah pembangunan yang tidak dirancang!    

Sebagai ADUN Teratai, saya faham dan peka kepada masalah kekurangan tanah perkuburan Islam. Tetapi kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kaedah yang professional, umpamanya, berapa banyaknya keperluan tanah perkuburan di Ampang setahun, berapakah tapak perkuburan yang boleh disediakan dalam seeker tanah. Atas alasan-alasan seperti di atas, saya mencadangkan supaya satu penyelidikan selanjutnya dilakukan dengan teliti terhadap tanah perkuburan baru, antaranya ialah, 5 ekar tanah boleh memuatkan berapa tapak perkuburan dan boleh digunakan selama berapa tahun mengikut kadar kematian setempat.

Rakyat sangat tidak berpuas hati terhadap tahap kecekapan atau effisyen agensi-agensi kerajaan. Tambahan pula. banyaknya cuti umum di negara kita menyebabkan masalah yang perlu diselesaikan bertimbunan. Warga kota perlu menunggu lebih lama untuk menyelesaikan urusan mereka.

Jadi 5 hari bekerja seminggu tetapi membuka kaunter perkhimatan 7 hari seminggu untuk semua agensi-agensi perkhidmatan awam kerajaan hendaklah dilaksanakan.

Warga kota, terutamanya golongan “double income family”, ada di antara mereka perlu bekerja setiap hari, atau menjawat lebih dari satu pekerjaan untuk berhadapan dengan masalah inflasi yang menyebabkan kenaikan harga barang secara mendadak. Oleh sebeb itu, agak sukar bagi golongan saya sebutkan tadi untuk pergi berurusan di agensi-agensi kerajaan pada hari Isnin sehingga Jumaat. Mereka perlu memohon cuti dari majikan semata-mata untuk mejalankan urusan yang berkenaan dengan agensi kerajaan. Saya amat bersetuju dengan titah perintah tuanku iaitu hari bekerja seminggu tetapi membuka kaunter perkhimatan 7 hari. Sekarang tibanya masa untuk berubah.

Setelah dasar baru ini dilaksanakan, kakitangan kerajaan menjalankan tugas mereka dengan lebih baik dan lebih efektif lagi untuk meningkatkan daya saing negeri Selangor, barulah Selangor boleh menjadi negeri maju yang sejati.

Penerokaan dan Pembangunan yang tidak dirancang

Hasil alam semulajadi di sekitar kita membolehkan kita meneruskan hidup dengan selesa. Tetapi 50 tahun yang lepas, penerokaan dan pembangunan yang tidak dirancang dengan sebaik-baiknya di Selangor oleh kerajaan penggal lalu menyebabkan kita dihukum oleh alam semulajadi, masalah tanah runtuh, batu runtuh dan banjir kilat kian meruncing.

Pembangunan tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya ia hanya untuk tujuan penerokaan atau mendirikan bangunnan pencakar langgit. Sebaliknya, pembangunan harus berteraskan peningkatan tahap dan kualiti alam sekitar, supaya kita boleh hidup sebati dengan alam sekitar yang ekologinya seimbang dan dalam keadaan yang lebih harmoni.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku. Banjir memberikan kesan-kesan negatif kepada semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Salah satunya ialah kemusnahan harta benda. Ini membawa kerugian dan tekanan yang amat besar kepada penduduk.

Pada masa sama membangunkan projek perumahan di kawasan tanah tinggi, penyelidikan secara professional terhadap unsur-unsur tanah harus dilakukan oleh pihak yang berkenaan, terutamanya pihak Pejabat Tanah Dan Galian. Di kawasan saya. Taman Bukit Permai didirikan di atas lereng-lereng bukit. Setelah tamat pembinaan kawasan perumahan tersebut kes batu runtuh berlaku sekurang-kurangnya sekali  setiap setahun. 2 kes telah berlaku dalam bulan Mac and April tahun ini, yang bernasib baik ialah tiada kecederaan dilaporkan. Namum sedemikian, kita tidak boleh memandang ringan kes ini kerana batu yang jatuh sebesar kereta Kancil. Dalam usaha syarikat perumahan membangunkan sesuatu kawasan, mereka perlu memasukan faktor-faktor keselamatan alam sekitar dalam perancangan kerana inilah tanggungjawab asas sosial syarikat perumahan. Pihak kerajaan perlu melantik jurutera yang berkelulusan dan bebas untuk memantau projek penerokaan hutan atau pembangunan kawasan tanah tinggi selepas meluluskan permohonan permit pembangunnan.

Perlaksanaan dasar-dasar pemuliharaan alam sekitar tidak boleh dilenggah-lenggahkan

Stail hidup manusia dan pemkembangan pesat perindustrian telah mendatangkan kerosakan yang amat besar ke atas alam bumi. Pemanasan global membawa implikasi yang sangat mendalam seperti bencana alam, kepupusan haiwan binatang, kekeringan air tasik, pencairan ais kutub utara kutub selatan dan sebagainya. Atas sebab-sebab inilah, saya mencadangkan bahawa kita perlu melaksanakan dasar-dasar pemuliharaan alam sekitar dengan segera dan secara bersistematik untuk meringankan beban tanggungan bumi, di samping menyumbang tenega kepada permuliharaan alam sekitar.

Pertama, pendidikan sosial cukup penting. Kalau se-seorang itu tidak diberi dan diasuh dengan konsep pemuliharaan alam sekitar, walau dengan betapa banyaknya enakmen enakmen pemuliharaan, ia juga tidak akan mendatangkan impak yang berkesan. Dengan ini, saya mengesyorkan bahawa perlunya pendidikan sosial pemuliharaan alam sekitar diadakan melalui organisasi-organisasi dan komuniti-komuniti yang sedia ada di sekitar kita. Tambahan pula, setiap YB bolehlah memimpin melalui tauladan, menjadi pengurus atau role model di kawasan-kawasan anda dan juga di Bangunan SUK. Antara langkah-langkah positif yang boleh diambil memulakan kotak kitar semula di pejabat masing-masing untuk mengumpul kertas dan plastik yang telah dibuang. Selain itu, baju, alat rumah dan elektrik lama yang tidak digunakan lagi boleh diderma kepada pertubuhan-pertubuhan pemuliharaan alam sekitar seperti Pertubuhan Amal Seri Sinar. Wang yang diperolehi dari kitar semula akan digunakan untuk membantu pertubuhan-pertubuhan amal yang lain.

Kedua, pengasingan sisa buangan sampah perlu diwujudkan. Sisa buangan boleh dikatagori dengan lebih halus lagi sebagai sampah biasa, botol kaca, tin aluminium atau besi, kotak tebal atau bahan kayu dan plastik. Menggunakan tong sampah yang berasingan untuk sisa buangan yang berbeza mungkin kelihatan rumit and leceh tetapi melalui cari ini, ia dapat mumupuk sikap mengasingkan sampah secara automatis. Lama-kelamaan, semua orang akan membiasakan diri dengan sistem ini. Sepatutnya, setiap jalan, taman  dan bangunan memerlukan sekurang-kurangnya satu set tong sampah yang berasingan untuk sisa buangan yang berlainan. Projek sebegini bolehlah dibiayai oleh kerajaan, dan hasil perolehannya bolehlah dimasukkan terus ke dalam perbendaharaan kewangan kerajaan negeri. Kaedah ini boleh menjadi salah satu pelaburan kerajaan negeri. Yang penting sekali ialah, adakah penempatan tong-tong sampah ini mendatangkan kemudahan kepada pengguna-pengguna, jika tidak, ia akan menjadi bahan hiasan jalan semata-mata sahaja.

Ketiga, mengambil tindakan-tindakan sewajarnya ke atas mereka yang merosakan atau mencemarkan alam sekitar. Mengharamkan pembakaran secara terbuka. Sesiapa yang melanggari peraturan-peraturan yang tertera di bawah enakmen pemuliharaan, tidak kira syarikat atau perseorang, mereka dikehendaki menghadiri kursus pemulihraan alam sekitar dan menjalankan tugas sukarelawan di mana-mana Pertubuhan Perlindungan Alam Sekitar melebihi 40 jam di samping membayar kompaun.  

Cadangan seterusnya ialah mengenakan cukai perlindungan alam sekitar kepada kilang-kilang yang mencemari air atau mengeluarkan gas bertoksik sebagai ganti rugi. Kerajaan boleh menggunakan perolehan cukai tersebut untuk membaik-pulih alam sekitar, terutamanya membiayai projek pembersihan sungai.

Kualiti pembekalan air

Air merupakan nadi utama kepada kehidupan manusia. Dengan air yang bersih, badan kita sihat. 20 tahun lalu, kita boleh minum and menggunakan air taip tanpa memerlukan alat penapisan air. Tetapi sekarang, alat yang disebutkan di atas telah menjadi keperluan asas setiap keluarga terutamanya di kawasan bandar. Saya mendapat tahu bahawa ada di antara keluarga menggunakan 3 atau 4 alat penapisan air.

Orang kaya berkemampuan boleh menggunakan air yang bersih kerana mereka berupaya menanggung kos pembelian alat penapisan air. Sementara, golongan berpendapatan rendah hanya boleh menelan pil pahit, minum dan menggunakan “air warna”. Ada kalanya, air paip tidak berwarna tetapi pengguna dapat menghidu gas klorine yang tebal. Ini tidak adil kepada golongan kurang upaya kerana pembekalan sebegini telah mengengkari hak asas setiap penduduk berhak mendapatkan air minuman yang bersih.

Pembekal air di Selangor ialah Konsortium ABASS Sdn Bhb (Abass), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Puncak Niaga Holdings Bhd manakala pengagihan dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Perkhidmatan yang diberikan oleh SYABAS kurang memuaskan. Kes yang perlu diselesaikan dengan segera tidak diberikan fokus yang sewajarnya, manakalu kes yang tidak begitu urgent diselesaikan dengan segera. (Can add in this one if you like: Nampaknya, saya tidak boleh mengucapkan syabas kepada SYABAS lagi?)

Apakah penyelesaian yang perlu disegerakan? Ganguan bekalan air sering berlaku di kawasan-kawasan KL & Selangor. Kebiasaannya, penduduk tidak diberi notis yang mencukupi mengenai pemberitahuan ganguan bekalan air. Apabila menelefon pihak berkenaan tiga kali sehari bertanyakan status pemulihan pembekalan air, jawapan yang  berlainan pula diperolehi. Air merupakan aset penting kepada penduduk-penduduk, pihak kilang dan golongan berniaga. Kenapa Syabas tidak mempunyai satu sistem atau saluran alternatif untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan air? Dengan ini, saya ingin menyarankan bahawa masalah yang telah disuarakan di atas memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkenaan.

Pada bulan Mei, gangguan bekalan air di Cheras dan Pandan berlarutan selama 10 hari, penduduk merasa runsing dan tersinggung dengan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh SYABAS. Sebagai pembekal air yang bermisikan “To be a customer-friendly organisation that provides excellent service at all times”, SYABAS harus bertanggungjawab sepenuhnya atas gangguan bekalan air tersebut dan memberikan diskaun kepada pengguna-pengguna yang terlibat sebagai pampasan kesulitan yang perlu dipikul dalam tempoh 10 hari itu. Kalau tidak, hak penguna telah diaibkan (atau consumer’s right was denied).

Kes yang saya maksudkan tidak begitu urgent tadi ialah pemotongan bekalan air serta merta jika tunggakan bil air dua bulan sebanyak RM12 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, langsung tidak memberi gracing period atau tempoh kelonggaran yang sewajarnya. Selepas pembekalan air diberhentikan, penduduk yang berkenaan perlu pergi ke ibu pejabat SYABAS untuk menjelaskan bil tunggakannya serta membayar caj perkhidmatan sambung balik sebanyak RM50, iaitu 4 kali bil tunggakannya sebanyak 2 bulan.

Air segala sesuatu hidup, saya berharap SYABAS boleh menjalankan tugas dengan lebih berperikemanusian, terutama di kawasan-kawasan rumah kos rendah! Dalam zaman barang naik, gaji tidak naik ini, memang mendatangkan kesulitan dan beban kepada orang ramai. Saya berharap pihak SYABAS boleh lebih berprihatin dan peka kepada keadaaan semasa sebelum mengambil tindakan yang boleh menyulitkan golongan rakyat dan pengguna.
Akhirnya saya sekali lagi menjujung kasih diatas titah perintah tuanku kerana ucapanya amat bertimbang rasa kepada golongan yang miskin dan kurang upaya di negeri Selangor.

Sekian, Terima kasih!

Comments
Add New Search
Johnny Tung  - perbesarkan DAP   |60.54.126.xxx |2008-06-12 01:27:47
Saya selalu mingikuti perkembang semasa DAP. Saya mendapati DAP perlu membuat
perubahan. !) Kenapa DAP tidak mengunakan Bahasa Malaysia didalam ceramah? kalau
pakai Bahasa Cina orang bukan Cina tak faham. Tapi kebanyakan Orang Cina faham
bahasa Malaysia. 2)Saya amatlah berharap DAP merekrut lebih banyak ahli dan
penyokong dari masyarakat Melayu kerana masyarakat Cina dan India hanyalah
minority di Malaysia.
lzy  - Selamat Berjuang..YB Jenice   |60.54.83.xxx |2008-05-28 16:33:23
pertama sekali ingin ucapkan terima kasih atas kemenangan YB jenice dalam
pilihan raya lepas, diharapkan Selangor akan terus maju dan membuktikan bahawa
Kerajaan pembangkang dapat melakukan sesuatu lebih baik dari kerajaan BN, kita
mesti adil terhadap semua kaum dalam pentadbiran barulah negeri Selangor akan
maju, jangan ikut politik perkauman BN, Jom berubah untuk rakyat
Malaysia...dimanakah saya boleh dapatkan borang penyertaan untuk masuk parti
DAP??? saya tinggal wangsa maju..
Jenice   |218.111.50.xxx |2008-05-28 22:26:25
Borang boleh didapati di Pejabat saya di 56-1, Jalan Bunga Tanjong 10, Taman
Muda. Pejabat kita akan pindah ke 48-1(corner lot) dalam minggu ini. Tel:
03-4295 1267 (jangan tel selepas Jumaat ini sebab kita akan pindah line ini ke
pejabat baru)
YAp   |202.184.111.xxx |2008-05-28 12:52:31
Mogan  - Well Done!   |58.26.64.xxx |2008-05-26 13:13:54
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< ǰһ¸ö   ÏÂÒ»¸ö >
Tentang Kita ¹ØÓÚÎÒÃÇ Berita Terkini ʱʽ¹µã Video Clips Ó°ÏñÊÀ½ç Kempen Kita ×îÐÂÔ˶¯ Hubungi Kita ÁªÂçÎÒÃÇ