(Please register as member before making any purchase.
Register now)
Upcoming Activities
Popular News
Member Login
|
|
|
Perbahasan dalam usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2009 |
|
|
|
2008/10/27, Monday |
Perancang Bandar Yang Betul Untuk Mengelakkan Banjir
Tuan speaker, sekarang adalah musim hujan, hujan yang lebat dan kilat selalu mengakibatkan banjir kilat.
Memandangkan pembangunan di seluruh Selangor begitu cepat tetapi pembangunan dari segi infrastruktur adalah begitu lambat. Sitem peparitan dan jalan raya yang dibina berasas dengan bilangan penduduk yang sedia ada. Apabila penduduk semakin bertambah, infrastruktur mesti di tambah dan dikaji semula. Sistem peparitan seperti longkang hendak lah ditambah atau digorek dalam lagi untuk menangani masalah-masalah Kerja-kerja ini seharusnya dibuat oleh pemaju kerana mereka bukan sahaja bertanggungjawab dengan project pembangunan mereka, malah kawasan sekelilingnya.
Tambahan pula, tempat-tempat takungan air seperti gunung-ganan semua pun sudah di bangunkan dengan pelbagai banguaan-bangunan yang mewah. Itu menunjukkan perancangan yang tidak sempurna dan tidak cekap. Ini telah membawa kesan negatif untuk alam sekitar iaitu ketidakseimbangan dalam system Eko.
Isu-isu mengeksploitasikan tanah sering berlaku bukan sahaja menghilangkan tempat kediaman haiwan dan menghapuskan tumbuh-tumbuhan yang bernila tetapi kehidupan penduduk dijejaskan. Kalau berbanding dengan suhu 20 tahun yang lalu dengan sekarang, suhu sekarang semakin tinggi dan panas, itulah punca kekurangan tumbuh-tumbuhan seperti pokok.
Mulai minggu lalu terdapat banyak kawasan mengalami banjir contohnya kawasan DUN Teratai, Kajang, Damansara dan lain-lain tempat.
Saya ingin mengesyorkan pihak kerajaan supaya menubuhkan task force perancang Bandar di setiap PBT dan menjemput pakar-pakar membuat semakan secara teliti supaya memastikan pembangunan yang bertelusan boleh dicapaikan.
|
|
 |